^^


One Troop One Sprit !

We can make it !

╔╗╔╦══╦═╦═╦╗╔╗
║╚╝║══║═║═║╚╝║
║╔╗║╔╗║╔╣╔╩╗╔╝
╚╝╚╩╝╚╩╝╚╝═╚╝
Scouting !!

Saturday, October 30, 2010

Happy Birthday To You!

生日快乐!
HAPPY BIRTHDAY!
SELAMAT HARI JADI!
To our well respected ,
                  Saudara CHEAK SECK HONG!

Hope you all the best in your cuming spm examination,
Good Luck and Happy Always! =)

Wednesday, October 20, 2010

Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011


















Dengan Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 akan mengadakan Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011 pada ketetapan berikut :

- Tarikh : 29/10/2010 (Jumaat)
- Tempat : Dewan Besar SMK Tunku Besar Tampin
- Masa : 3.30p.m. - 6.30p.m.


Majlis ini hanya terbuka kepada semua ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana Pergerakan Pengakap Kumpulan ke 17. Pihak Jawatankuasa Pengelola mengharapkan maklum balas yang menggalakkan terutamanya dari Pengakap Remaja Tingkatan 5 dan Pengakap Kelana Tingkatan 6 atas kerana antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sebagai tanda penghargaan kepada AJK yang senior tingkatan 5 dan 6 yang telah banyak berjasa kepada Perkembangan Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 .

~ untuk makluman lanjut sila hubungi :-

- Sutha Ganesha, Pengurus Projek - 0172551757 (4 Cekal)
- Poonam Patel , Pen. Pengurus Projek - 0176125629 (2 Arif)
- Pravind Segaran, Setiausaha - 0173508522 (4 Intelek)
- Cheng Wei Xian, Pen. Setiausaha - 0176460768 (3 Arif)

Event URL : http://majlis-apresiasi2010.tk/



Semua ahli pengakap SMK Tunku Besar Tampin dijemput hadir ke Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011 !

Tuesday, October 19, 2010

Laporan Ringkas JAMNES Ke 9 /Jambori Udara/ Internet Sedunia 2010

Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 SMK TUNKU BESAR TAMPIN  telah menyertai Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) Ke 9 / Jambori Udara / Internet Sedunia 2010.

Maklumat ringkas berkaitkan aktiviti jambori sepanjang tiga hari dua malam.
 
Hari pertama:
1. JOTA/JOTI       : 
Belajar cara berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia menggunakan radio dan internet.
2.Kembara Malam :  
Melalui kawasan-kawasan yang ditentukan dalam keadaan yang agak gelap dan tidak menggunakan lampu picit.

Hari kedua:
1.Senaman pagi.
2.Istiadat pendera.
3.Sayang Si Buta   :
Menutup mata dan berjalan mengikut tali dan juga sentuhan.
2.Fun Fair Pengakap :
 Mempunyai empat stesen iaitu , 
 a. Tiup -tiup darling - bergerakan bola pingpong malalui air dalam cawan.
 b. Sumpitan Berahi -menggunakan straw dan juga kacang hijau untuk "menembak"  
     cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok.
 c. Lemparan Asrama - melempar bulatan sehingga "menangkap " botol yang disediakan
 d. Telur Sayangku Telur - membaling bola pingpong dari tempat yang ditentukan untuk
     memasukkannya ke dalam "egg tray".
3.Kraf tangan - menggunakan daun untuk membuat kraf tangan
4.Pukul-pukul sayang - bermain bola di pantai.
5.Lumba perahu naga - berdiri di dalam guni dan melompat untuk sampai ke garisan tamat
6.Projek Perintis - khidmat masyarakat.
7.Ceramah ringkas 
8.JOTA/JOTI
9.Malam kebudayaan

Hari ketiga..
1.Senaman pagi
2.Raptai majlis penutup
3.Majlis penutup


Beberapa gambar yang dapat diambil sepanjang jambori ini..

Keindahan Pantai Port Dikson..

Pandangan laut pada waktu senja..

                                         
Tempat rehat .

                                        
Tempat makanan.


AKTIVITI JAMBORI

Sayang Si Buta :
Peserta dikehendaki manutup mata dengan menggunakan scarf dan berjalan di kawasan yang ditentukan mengikut tali-tali yang diikat pada pokok.
                                          
Lemparan Asmara :
peserta dikehendaki menduduk di kawasan yang ditetapkan dan melempar bulatan ringan yang mengubah arahnya mengikut tiupan angin sehingga bulatan tersebut berjaya "menangkap" botol yang disediakan.
Tiup-tiup Darling :
Peserta perlu meniub bola pingpong melalui cawan yang diisi dengan air yang penuh sehingga sampai ke cawan yang terakhir.
Sumpitan Berahi :
Perseta dikehendaki memasukkan sebiji kacang hijau ke dalam sebatang straw dan meniub supaya cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok dapat "ditembak" dan mengeluarkan suara "pop".
Kraf Tangan :
Let's guess what is this..Yes! it is a grasshopper..

Pukul-pukul Sayang :
Bermain "bola sepak" di atas pantai..
JOTA :
"CQ jota, CQ jota, 9M4......"dengan menggunakan radio tersebut anda dapat berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia!

WE LOVE SCOUT!


Wednesday, October 13, 2010

Pencapaian Kokurikulum Cemerlang di SMKTB

Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 SMK TUNKU BESAR TAMPIN
telah mendapat anugerah
"Pencapaian Unit Kokurikulum Cemerlang 2009"


`

manakala
Saudara Jason Cheak Seck Hong
Pengerusi Kumpulan,
telah dianugerahkan 
Pemimpin Unit Kokurikulum Cemerlang tahun 2009








Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada semua ahli pengakap yang terlibat dalam mengaktifkan kegiatan pengakap di sekolah SMKTBT . 

Teruskan usaha murni anda semua dan menjadikan kegiatan pengakap di SMKTBT aktif bukan sahaja dalam tahun 2009 ,tetapi 2010 ,2011.... dan sampai bila bila sahaja! =D

SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP !

Tuesday, October 5, 2010

ALL THE BEST!

To all scout members who sit for PMR examination,
All the best in your examination!!
Trust yourself,
YOU CAN DO IT!!!


=D

FROM TBSS 17th SCOUTS ICT & Webmaster Team :)

Friday, October 1, 2010

JAMBORI NEGERI SEMBILAN (JAMNES) KE 9 JAMBORI UDARA/ INTERNET SEDUNIA 2010

ANJURAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

DENGAN KERJASAMA
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
KELAB RADIO AMATUR PORT DICKSON 9M4CPD

TARIKH
16-18 OKTOBER 2010

TEMPAT
BOUGAINVILLA RESORT & BANGLO MELAKA BATU 9, TELUK KEMANG ,PORT DICKSON
PENDAHULUAN
Berdasarkan sambutan dan kejayaan menganjurkan APR Air Jamboree(APRAU)pada bulan Ogos 2010 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) berhasrat meneruskan kesinambungan tersebut dengan menyertai JOTA/JOTI Sedunia anjuran WOSM. Bagi memeriahkan lagi acara ini , JOTA/JOTI akan dianjurkan serentak dengan Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) 2010.Program jambori ini adalalah dianjurkan sepenuhnya oleh PPMNS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan semua Pejabat Pelajaran Daerah.

RASIONAL
Jambori ini dapat merealisasikan tujuan sebenar penubuhan pergerakan pengakap kea rah melahirkan pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain daripada itu dapat menambahkan pengetahuan ahli pengakap tentang kominikasi dan penggunaan radio amatur.

TUJUAN
~ Menambah pengetahuan dan kemahiran peserta melalui aktiviti berpengakap.
~ Mewujudkan suasana disiplin dan kredibiliti yang mantap bagi membentuk peribadi
yang tinggi.
~ Memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang komunikasi terutama penggunaan radio amatur.

PERLAKSANAAN
- Tarikh :
16-18OKTOBER 2010
- Hari/ Masa :
Sabtu(Pendaftaran: 9.00a.m)
Isnin (Penutup : 10.00a.m)
- Tapak Perkhemahan
Bougainvilla Resort Lot 1178, Batu 9, Jalan Kemang 12, Teluk Kemang 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

PENYERTAAN
PesertaAhli Pengakap Muda Remaja dan Kelan berdaftar.


Sumbangan Penyertaan : 
RM 100.00 seorang(ahli pengakap)
RM 100.00seorang (pemimpin/kelana)
*Setiap ahli pengakap akan mendapat lencana, sijil Jambori dan sijil JOTA/JOTI. 

 *Pemimpin akan mendapat lencana, sijil Jambori dan sijil JOTA/JOTI

Perincian Perbelanjaan :
Tapak Perkhemahan / Makan dan Minum :RM90.00
Lencana / Sijil: RM 10.00
Jumlah : RM 100.00



P/s : Ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana yang berminat sila jangan lepaskan peluang dan sila berjumpa dengan

1. En Mohd Ikhwan bin Abdullah (Pemimpin Kumpulan)
2.Pravind Segaran (4 Intelek)
3. Sutha Ganesha (4 Cekal)

untuk mengambil borang peyertaan dan surat kebenaran penjaga..

sila layari
LAMAN FB EVENT : http://www.jotajoti.tk/ untuk maklumat lanjut :

SALAM PENGAKAP !!
Create a Meebo Chat Room

TBSS 17th SCOUTS WEBSITE LINKS