^^


One Troop One Sprit !

We can make it !

╔╗╔╦══╦═╦═╦╗╔╗
║╚╝║══║═║═║╚╝║
║╔╗║╔╗║╔╣╔╩╗╔╝
╚╝╚╩╝╚╩╝╚╝═╚╝
Scouting !!

What is Scouting ?

PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN

Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut.

  • Pergertian / Definisi Pengakap
  • Matlamat Berpengakap
  • Tujuan Berpengakap
  • Falsafah Pengakap
  • Misi Pengakap
  • Prinsip-prinsip Berpengkap dan ekperasi mereka dalam perjanjian dan undang-undang.
  • Cara Berpengakap 


            1. Definisi Berpengakap 

Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.

Apa itu Pengakap dan Berpengakap ?
Pengakap dan berpengakap dua rangkap kata yang mempunyai makna berasingan. Pengakap adalah seperti yang dijelaskan di atas iaitu sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela manakala berpengakap bermaksud kita yang terlibat di dalam pergerakan pengakap.


2. Matlamat Berpengakap 
    
Ada beberapa sudut yang patut kita lihat dan maksudnya iaitu apa matlamat kita berpengakap dan apa wawasan kita melibatkan diri di dalam pengakap. Mari kita lihat apa yang ditulis oleh pengasas pergerakan pengakap, B.P. dalam bukunya iaitu ‘Scouting For Boys’ di dalam ‘Cerita Unggun Api No.1- Apa Itu Pengakap?’.

“Saya percaya setiap budak lelaki mahu membantu negaranya dengan apajua cara yang boleh. Ada satu cara yang senang sekali berbuat demikian iaitu dengan menjadi seorang Budak Pengakap.

“Seperti yang kamu tahu, seorang pengakap dalam tentera biasanya seorang askar yang dipilih kerana kepintaran dan ke-beraniannya pergi mencari di mana musuh berada dan melaporkannya kepada ketuanya.

“Tetapi, selain daripada pengakap dalam masa peperangan, ada juga pengakap dalam masa aman, iaitu orang-orang menjalankan kerja masing-masing yang juga mesti berani dan pintar.”

Ada dua matlamat yang diselitkan di dalam petikan cerita di atas tadi iaitu apa sumbangan seorang warganegara kepada negaranya dan setiap warganegara mestilah mempunyai keberanian serta kepintaran.

  • Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;
  • Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
  • Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
  • Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
  • Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
  • Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
  • Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

      3. Tujuan Berpengakap

         Walaupun demikian matlamatnya adalah sama seperti:-
  • Untuk menggalakkan pembentukan jasmani, akal, sosial dan rohani anak-anak muda supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pembangunan masyarakatnya.
  • Menyediakan suatu rancangan latihan yang progresif, menggembirakan dan menarik, yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang dan berpandukan kepada kepimpinan dewasa.
  • Prinsip serta amalan adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat untuk melibatkan diri di dalam berpengakap.
  • Berpengakap itu adalah satu permainan yang berbeza dengan permainan yang lain. Permainan yang bukan menentukan yang menang dan yang kalah.
  • Anugerah Pengakap Raja dicipta untuk menguji ketabahan, kepintaran dan membuktikan kebolehan seseorang pengakap dengan menujukkan taraf tanggungjawab dan kepimpinannya.
  • Sistem latihannya telah disesuaikan mengikut peringkat umur ahli dan kematangan masing-masing menerusi didikan berdasarkan unit-unit tertentu seperti Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan seterusnya.
  • Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk mamasuki ke Bahagian Pengakap Kelana.

4. Falsafah Pengakap

Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.


        5. Misi Pengakap
       Adalah untuk menyumbang kearah pendidikan golongan remaja, melalui sistem nilai yang berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dalam membantu pembinaan sebuah dunia yang lebih baik di mana umat mendapat kepuasan diri sebagai individu dan memainkan peranan membina dalam masyarakat.

 
6. Prinsip-prinsip Berpengakap 

Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap.Tiga Prinsip-prinsip itu adalah : 
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
  • Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesunguhnya,
Saya berjanji dan bersetia, yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya akan: 
TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Undang-undang Pengakap
Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap sepertimana yang dirumuskan oleh pengasasnya. 
Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah asas dalam berpengakap. Ada pendapat menyatakan Pergerakan Kumpulan dapat dijalankan tanpa pakaian seragam atau lencana, tanpa Ibu Pejabat tetapi hanya berdasrkan program latihan. Mungkin ianya bukan kumpulan yang terbaik tetapi masih lagi berkaitan dengan pengakap.Menjalankan aktiviti Pergerakan Pengakap tanpa Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah suatu kesalahan.Tanpa Persetian dan Undang-Undang itu maka ianya bukan Berpengakap.Ia mungkin suatu Kelab Muda-Mudi yang sangat bagus, tetapi bukanya satu kumpulan Pengakap. 
1.      Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan    mempunyai kehormatan diri.
2.      Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3.      Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4.      Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5.      Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6.      Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7.      Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan.
8.      Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
9.      Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
10.  Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 


           7. Kaedah atau cara pengakap 

           Peringkat Pengakap
    Terdapat lima peringkat dalam pengakap didalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
  •  Pengakap Kanak Kanak - ahli ahli yang berumur antara 8 hingga 12 tahun
  •  Pengakap Muda - ahli ahli yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
  •  Pengakap Remaja - ahli ahli yang berumur antara 16 hingga 17 tahun.
  • Pengakap Kelana - ahli ahli yang berumur antara 18-40 tahun.
  • Pengakap Raja - ahli ahli yang telah mengikuti Pentarafan Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh SPB Yang Di Pertuan Agong serta 9 Sultan Sultan Melayu
            

WAWASAN

Dengan melibatkan diri di dalam pergerakan pengakap, kita dapat memberikan sumbangan kepada negara, di samping kita juga harus mempunyai sifat keberanian dan kepintaran. Di dalam berpengakap ini hendaklah secara sukarela dan tidak terdapat perbezaan tentang penerimaan kemasukkan ahli bagi sesuatu sebab, bangsa, kepercayaan, agama atau golongan.
  • Melatih seorang warganegara untuk mencintai negaranya dan masyarakat.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang pintar di samping mempunyai ciri-ciri keberanian dan mampu mengembangkan serta mampu berdikari.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi peraturan mengikut undang-undang.
  • Melatih seorang warganegara supaya mempunyai sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menolong orang, tidak bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berguna, gigih, tahan lasak, prihatin dan mempunyai wawasan untuk kepentingan umum.


KESIMPULAN

Berpengakap pada kesimpulannya ialah bermaksud kita sebagai individu melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan sukarela.

Tujuan kita melibatkan diri tersebut bukanlah bertujuan untuk kepentingan individu atau untuk menonjolkan diri.

Kita mempunyai sikap yang tidak selaras dengan pergerakan atau pertubuhan sukarela misalnya kita beranggapan hanya kitalah orang yang paling baik atau kitalah orang yang paling berkuasa dan sebagainya.

Sedangkan pada hakikatnya apa yang kita buat itu adalah merupakan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan pihak-pihak yang lain tidak menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada individu itu sendiri malahan kepada pergerakan di mana kita melibatkan diri di dalamnya.
Create a Meebo Chat Room

TBSS 17th SCOUTS WEBSITE LINKS