To all brothers and sisters scouts,
Tomorrow,
Will be the first day of the year 2011!
Wish you all:
HAPPY NEW YEAR!
HAPPY SCOUTING!
GAMBATEH in the year 2010!!!
=)
^^
One Troop One Sprit !
We can make it !
╔╗╔╦══╦═╦═╦╗╔╗
║╚╝║══║═║═║╚╝║
║╔╗║╔╗║╔╣╔╩╗╔╝
╚╝╚╩╝╚╩╝╚╝═╚╝
★ Scouting ☆ !!
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 23, 2010
Merry Christmas!
We wish you a MERRY CHRISTMAS,
We wish you a MERRY CHRISTMAS,
We wish you a MERRY CHRISTMAS,
And a HAPPY NEW YEAR!
We wish you a MERRY CHRISTMAS,
We wish you a MERRY CHRISTMAS,
And a HAPPY NEW YEAR!
Wednesday, December 1, 2010
SELAMAT BERJAMBORI ! - JAMB 100 Singapore
Salam Pengakap ! Untuk Pengetahuan semua, 7 orang ahli Pengakap PERGERAKAN PENGAKAP KUMPULAN KE-17, SMK TUNKU BESAR TAMPIN akan menghadiri JAMB 100 , SINGAPORE 100 YEARS OF SCOUTING & ASEAN JAMBOREE bertempat di Sarimbun Camp, Singapore PADA 3 DISEMBER-10 DISEMBER 2010.
Antara ahli Pengakap yang Terlibat ialah Cikgu Ikhwan Abdullah sebagai Ketua Kontinjen Sub Camp Negeri Sembilan,Saudari Poonam Patel, Saudari Cheng Wei Xian, Saudari Pang Jin Yan, Saudari Prrithashini, Saudari Serena Lee, dan Saudara Syahid.
Kami di sini mengucapkan SELAMAT BERJAMBORI dan jagalah diri dan keselamatan anda masing-masing dan INGATLAH ! Jaga imej kita sebagai seorang PENGAKAP PERGERAKAN PENGAKAP KUMPULAN KE-17, SMK TUNKU BESAR TAMPIN Walau dimana kita berada...
TERUSKAN DAN AKTIFKAN BERPENGAKAP
MAJULAH PENGAKAP TBSS17 !
SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP !
Wednesday, November 24, 2010
Hari Penganugerahan Pingat dan Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Date : 9 / 12 / 2010
Time : 7.30am - 12.00pm
Venue : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah
* Please gather in Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin at 7.30a.m with full uniform and forage cap.
* For those who haven hand in the passport and diary please hand in as soon as possible .Award will not be given to those who late and didn't submit the passport and diary.
* Please inform your other friends about this event and if you are unable to attend this award giving ceremony please inform us and find a person(scout only) to replace you.
Further info please refer to:
Mr Ikhwan 0162212571
Jason 0177426669
Lim 0173859168
Friday, November 19, 2010
Friday, November 12, 2010
Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Salam Pengakap ! Baru-baru ini saudara dan saudari sekalian telah diperkenalkan dengan satu program yang agak baru dalam pergerakan pengakap sekolah kita iaitu Anugerah Remaja Perdana (ARP). Buat pengetahuan semua ARP merupakan anugerah khas yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (sila lihat dibawah untuk informasi yang lanjut). Saya rasa saudara dan saudari sekalian mungkin ada sedikit sebanyak pertanyaan dan masih tidak pasti tentang progran yang dijalankan ini. Jadi di sini saya akan menghuraikan sedikit sebanyak tentang Anugerah Remaja Perdana (ARP).
PENGENALAN
Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburg's Award (dahulu) / International Award For Young People (sekarang) yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian's Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
GANGSA -14 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat :
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat (sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Rekreasi Fizikal :
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup
aktif (sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Kemahiran & Inovasi :
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya (sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi :
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)
* Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
* Markah Bonus Kokurikulum
Anugerah Khas - 5 markah
PERAK - 16 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat :
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat (sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Rekreasi Fizikal :
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup
aktif (sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Kemahiran & Inovasi :
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi :
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)
* Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
* Markah Bonus Kokurikulum
Anugerah Khas - 7 markah
EMAS - 17 TAHUN KE ATAS
EMAS - 17 TAHUN KE ATAS
Khidmat Masyarakat :
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat (sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Rekreasi Fizikal :
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif (sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Kemahiran & Inovasi :
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)
Penjelajahan & Ekspidisi :
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)
Projek Penempatan :
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih (melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)
* Tambahan Masa Dan Bulan
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran
* Markah Bonus Kokurikulum
Anugerah Khas - 10 markah (markah penuh)
PENYERTAAN
- Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.
- Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan
individu. - Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.
TAHAP ANUGERAH
- Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas.
- Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan.
- Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan.
- Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.
BADAN OPERASI
- Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform.
- Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
- Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.
FAEDAH PROGRAM
Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-
- Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran;
- Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya;
- Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan;
- Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri;
- Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif;
- Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat;
- Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran; dan
- Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Thursday, November 11, 2010
Lencana dan Buku Skim Latihan PPM (terbaharu)
Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia
Buku-buku Skim Latihan Pengakap
Pengakap Kanak-kanak
Pengakap Muda
Pengakap Remaja
Pengakap Kelana
Wednesday, November 3, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010-2011
Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010-2011telah berjaya diadakan dengan bantuan dan kerjasama semua ahli pengakap yang terlibat.
Tahniah dan Terima kasih diucapkan kepada semua.
Berikut adalah sedikit maklumat ringkas tentang majlis ini.:
3.30p.m - Ketibaan semua ahli pengakap
4.00p.m - Ketibaan tetamu kehormat
Nyanian lagu Negaraku / lagu pengakap dan melafazkan persetiaan pengakap.
Nyanyian Lagu lagu Negaraku / lagu pengakap dan melafazkan persetiaan pengakap.
Perasmian
4.10p.m - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Pergerakan Pengakap
Ucapan Tuan Pengetua SMK TBT
4.30P.M - Penyampaian cenderamata kepada AJK 2009-2010
Penyampaian cenderamata kepada Tuan Pengetua
4.45p.m - Persembahan ahli pengakap
5.15p.m - Slideshow aktiviti Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17
Pelantikan AJK Pengakap 2010-2011
5.45p.m - Jamuan
6.00p.m.- Majlis bersurai
Ketibaan Tuan Pengetua :
Nyanyian Lagu lagu Negaraku / lagu pengakap dan melafazkan persetiaan pengakap.
Ucapan Pengerusi Pergerakan Pengakap
Ucapan Tuan Pengetua SMK TBT
Perasmian
Penyampaian cenderamata kepada AJK 2009-2010
Persembahan ahli pengakap
Slideshow aktiviti Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17
Saturday, October 30, 2010
Happy Birthday To You!
生日快乐!
HAPPY BIRTHDAY!
SELAMAT HARI JADI!
To our well respected ,
Saudara CHEAK SECK HONG!
HAPPY BIRTHDAY!
SELAMAT HARI JADI!
To our well respected ,
Saudara CHEAK SECK HONG!
Hope you all the best in your cuming spm examination,
Good Luck and Happy Always! =)
Wednesday, October 20, 2010
Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011
Dengan Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 akan mengadakan Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011 pada ketetapan berikut :
- Tarikh : 29/10/2010 (Jumaat)
- Tempat : Dewan Besar SMK Tunku Besar Tampin
- Masa : 3.30p.m. - 6.30p.m.
Majlis ini hanya terbuka kepada semua ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana Pergerakan Pengakap Kumpulan ke 17. Pihak Jawatankuasa Pengelola mengharapkan maklum balas yang menggalakkan terutamanya dari Pengakap Remaja Tingkatan 5 dan Pengakap Kelana Tingkatan 6 atas kerana antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sebagai tanda penghargaan kepada AJK yang senior tingkatan 5 dan 6 yang telah banyak berjasa kepada Perkembangan Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 .
~ untuk makluman lanjut sila hubungi :-
- Sutha Ganesha, Pengurus Projek - 0172551757 (4 Cekal)
- Poonam Patel , Pen. Pengurus Projek - 0176125629 (2 Arif)
- Pravind Segaran, Setiausaha - 0173508522 (4 Intelek)
- Cheng Wei Xian, Pen. Setiausaha - 0176460768 (3 Arif)
Event URL : http://majlis-apresiasi2010.tk/
Semua ahli pengakap SMK Tunku Besar Tampin dijemput hadir ke Majlis Apresiasi dan Pelantikan AJK Pengakap Sesi 2010/2011 !
Tuesday, October 19, 2010
Laporan Ringkas JAMNES Ke 9 /Jambori Udara/ Internet Sedunia 2010
Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 SMK TUNKU BESAR TAMPIN telah menyertai Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) Ke 9 / Jambori Udara / Internet Sedunia 2010.
Maklumat ringkas berkaitkan aktiviti jambori sepanjang tiga hari dua malam.
Hari pertama:
1. JOTA/JOTI :
Belajar cara berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia menggunakan radio dan internet.
2.Kembara Malam :
Melalui kawasan-kawasan yang ditentukan dalam keadaan yang agak gelap dan tidak menggunakan lampu picit.
Hari kedua:
1.Senaman pagi.
2.Istiadat pendera.
3.Sayang Si Buta :
Menutup mata dan berjalan mengikut tali dan juga sentuhan.
2.Fun Fair Pengakap :
Mempunyai empat stesen iaitu ,
a. Tiup -tiup darling - bergerakan bola pingpong malalui air dalam cawan.
b. Sumpitan Berahi -menggunakan straw dan juga kacang hijau untuk "menembak"
cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok.
c. Lemparan Asrama - melempar bulatan sehingga "menangkap " botol yang disediakan
d. Telur Sayangku Telur - membaling bola pingpong dari tempat yang ditentukan untuk
memasukkannya ke dalam "egg tray".
3.Kraf tangan - menggunakan daun untuk membuat kraf tangan
4.Pukul-pukul sayang - bermain bola di pantai.
5.Lumba perahu naga - berdiri di dalam guni dan melompat untuk sampai ke garisan tamat
6.Projek Perintis - khidmat masyarakat.
7.Ceramah ringkas
8.JOTA/JOTI
9.Malam kebudayaan
Hari ketiga..
1.Senaman pagi
2.Raptai majlis penutup
3.Majlis penutup
Beberapa gambar yang dapat diambil sepanjang jambori ini..
Keindahan Pantai Port Dikson..
Pandangan laut pada waktu senja..
Tempat rehat .
Tempat makanan.
AKTIVITI JAMBORI
Sayang Si Buta :
Peserta dikehendaki manutup mata dengan menggunakan scarf dan berjalan di kawasan yang ditentukan mengikut tali-tali yang diikat pada pokok.
Lemparan Asmara :
peserta dikehendaki menduduk di kawasan yang ditetapkan dan melempar bulatan ringan yang mengubah arahnya mengikut tiupan angin sehingga bulatan tersebut berjaya "menangkap" botol yang disediakan.
Tiup-tiup Darling :
Peserta perlu meniub bola pingpong melalui cawan yang diisi dengan air yang penuh sehingga sampai ke cawan yang terakhir.
Peserta perlu meniub bola pingpong melalui cawan yang diisi dengan air yang penuh sehingga sampai ke cawan yang terakhir.
Sumpitan Berahi :
Perseta dikehendaki memasukkan sebiji kacang hijau ke dalam sebatang straw dan meniub supaya cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok dapat "ditembak" dan mengeluarkan suara "pop".
Kraf Tangan :
Let's guess what is this..Yes! it is a grasshopper..
JOTA :
"CQ jota, CQ jota, 9M4......"dengan menggunakan radio tersebut anda dapat berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia!
WE LOVE SCOUT!
Subscribe to:
Posts (Atom)
TBSS 17th SCOUTS WEBSITE LINKS
Happy Scouting ! From TBSS 17th Scout Troop ICT & Webmaster Team :)