Pasukan Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-17 SMK TUNKU BESAR TAMPIN telah menyertai Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) Ke 9 / Jambori Udara / Internet Sedunia 2010.
Maklumat ringkas berkaitkan aktiviti jambori sepanjang tiga hari dua malam.
Hari pertama:
1. JOTA/JOTI :
Belajar cara berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia menggunakan radio dan internet.
2.Kembara Malam :
Melalui kawasan-kawasan yang ditentukan dalam keadaan yang agak gelap dan tidak menggunakan lampu picit.
Hari kedua:
1.Senaman pagi.
2.Istiadat pendera.
3.Sayang Si Buta :
Menutup mata dan berjalan mengikut tali dan juga sentuhan.
2.Fun Fair Pengakap :
Mempunyai empat stesen iaitu ,
a. Tiup -tiup darling - bergerakan bola pingpong malalui air dalam cawan.
b. Sumpitan Berahi -menggunakan straw dan juga kacang hijau untuk "menembak"
cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok.
c. Lemparan Asrama - melempar bulatan sehingga "menangkap " botol yang disediakan
d. Telur Sayangku Telur - membaling bola pingpong dari tempat yang ditentukan untuk
memasukkannya ke dalam "egg tray".
3.Kraf tangan - menggunakan daun untuk membuat kraf tangan
4.Pukul-pukul sayang - bermain bola di pantai.
5.Lumba perahu naga - berdiri di dalam guni dan melompat untuk sampai ke garisan tamat
6.Projek Perintis - khidmat masyarakat.
7.Ceramah ringkas
8.JOTA/JOTI
9.Malam kebudayaan
Hari ketiga..
1.Senaman pagi
2.Raptai majlis penutup
3.Majlis penutup
Beberapa gambar yang dapat diambil sepanjang jambori ini..
Keindahan Pantai Port Dikson..
Pandangan laut pada waktu senja..
Tempat rehat .
Tempat makanan.
AKTIVITI JAMBORI
Sayang Si Buta :
Peserta dikehendaki manutup mata dengan menggunakan scarf dan berjalan di kawasan yang ditentukan mengikut tali-tali yang diikat pada pokok.
Lemparan Asmara :
peserta dikehendaki menduduk di kawasan yang ditetapkan dan melempar bulatan ringan yang mengubah arahnya mengikut tiupan angin sehingga bulatan tersebut berjaya "menangkap" botol yang disediakan.
Tiup-tiup Darling :
Peserta perlu meniub bola pingpong melalui cawan yang diisi dengan air yang penuh sehingga sampai ke cawan yang terakhir.
Peserta perlu meniub bola pingpong melalui cawan yang diisi dengan air yang penuh sehingga sampai ke cawan yang terakhir.
Sumpitan Berahi :
Perseta dikehendaki memasukkan sebiji kacang hijau ke dalam sebatang straw dan meniub supaya cawan kertas yang ditempatkan di atas pokok dapat "ditembak" dan mengeluarkan suara "pop".
Kraf Tangan :
Let's guess what is this..Yes! it is a grasshopper..
JOTA :
"CQ jota, CQ jota, 9M4......"dengan menggunakan radio tersebut anda dapat berkomunikasi dengan pengakap di seluruh dunia!
WE LOVE SCOUT!
No comments:
Post a Comment